Friday, December 23, 2011

Kisah Sedih Norma dan Talib

Assalamualaikum!

Just nak share something. Seriously aku sedih baca cita dorang nih. Jom laa sama-sama kita tolong ringankan beban Norma dan Talib nih... Tak rugi apa - apa pun menolong orang yang susah nih..

Peringatan : All content in this entry are 100% COPY and PASTE from kasihaleeya

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas..

-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu.


-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..


anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-

-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..


-tangan Norma yang lebam-

-Talib bersama Rafiq-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

 hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-

Tuesday, December 13, 2011

Alhamdulillah ;)

Assalamualaikum~!

Adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu yang hidup nih bukan sekadar KETAWA
Adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIR MATA
Jadi...
Bersyukur pada orang yang MENYAKITI kamu kerana dia yang MENABAHKAN kamu
Bersyukur pada orang yang TIDAK MENGENDAHKAN kamu kerana dia memupuk kamu BERDIKARI
Bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dialah orang yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu
Bersyukur pada orang yang MENYEKSA kamu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu

Cuma ucap Alhamdulillah. Senyum. Think Positive. :D


Monday, December 5, 2011

Make-Up~ ;)

Assalamualaikum~! ;)


*Tetibe tayang muka snirik :p*
Actually atin nak share ngan korang pasal Make-up. Ada sape2 yang ngah cari mak andam atau panggilan glamournya Make-Up Artist (MUA) untuk hari bahagia dia tak...? Atau untuk apa2 event ke..Photoshoot ke..Dinner ke...Especially Kuantanese! ;)
Meh nak habaq mai meh..Atin ada hire sorang MUA nih untuk 20.11.2011 arituh. Service dan hasil sangat2 tip top puas hatiiiiiii~
Kepada sape2 yang masih lagi tercari-cari, apa kata korang nengok touch akak cantik sorang nih..
Jom nengok beberapa hasil kerja Kak Yan nih
(All picture credit to Kak Yan :) Dah mintak izin tahu)

This is me on 20.11.2011 ;)

Aku start terpikat ngan Kak Yan punya touch nih bile nengok membe skolah aku nih kawen. Memang cantik sangat! Terus tanya dia sape yang mekap then laju2 pegi add fesbuk Kak Yan d'Andaliela 
Punye laa semangat, awal gila booking Kak Yan.hihi :p

Memang sangat cantik kaaannnn :)



Empunya diri! Kak Yan yang cantik. Dah kawen dan dah ada anak tapi macam anak dara weeyyy~!

So, apa tunggu lagi~! Klik Yan d'Andaliela then 'ADD AS FRIEND'
Owhh lupe..Kak Yan amek job yang luar Kuantan jugaaa. The price boleh runding2 and depends on area mane korang stay :)
Harap dapat membantu insan buntu ;););)

Saturday, December 3, 2011

~ 20.11.2011 ~

Assalamualaikum~! ;)


Selamat pagi Sabtu. Mood nak hupdate belog sudah datanggg ;) Sambil-sambil bersantai dengar HotFm yang tengah mainkan lagu Aishiteru skang nih. Ok lah, nak sambung entry yang sebelum nih. Actually, saya sudah menjadi tunangan orang. Bak kata Irine my friend, ''akak dah berdarah manis dah skaaaaanng''. hehe
So, harus jaga kelakuan :)
On 20.11.2011, after 3 years 2 months and 1 day, I'm officially engaged with 'kesayangan saya' :D
(macam cantik kan nombor-nombor kat atas nih. Kalo rajin, kira laa date before 3y2m1d tuh.hewhewhew)
Dan jugak nak say thanx yang berjuta-juta kat my family yang dah bertungkus-lumus untuk majlis nih, my friends since skolah rendah Suria, Dayah & Naimah, my friend kat Ti Kemal & tunang dan juga kawan ALAM MAYA saya, cik Irine Nadia & tunang sebab sudi datang memeriahkan majlis. Terharu bila orang-orang penting dalam hidup ada di hari bahagia saya :')
Doakan saya & tunang saya ok :)







;)

Friday, December 2, 2011

Penghujung cintaku~ ;)

Assalamualaikum~! :)


Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri
Aku akan menyayangimu
Ku akan setia kepadamu
Ku akan selalu di sisimu seumur hidupku ;)

InsyaAllah

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday ~ 4

Assalamualaikum~! ;)


Pesanan penaja : Jangan jadi cemnih ye kawan-kawan..No no no good~ ;)

Friday, November 25, 2011

~ DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH ~

Assalamualaikum~! :)
Selamat menyambut Maal Hijrah 1433 pada hari Ahad (27.11.2011) nih kepada semua umat Islam sedunia~
Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah s.w.t disepanjang tahun-tahun mendatang. Just nak share in advance doa akhir tahun dan doa awal tahun supaya dapat sama-sama kita baca doa nih esok dan sama-sama mendapat perlindungan-Nya ;)

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Magrib pada akhir bulan Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah s.w.t, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah s.w.t dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah :

Maksud doa :
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


DOA AWAL TAHUN HIJRAH
Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun :

Maksud doa :
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. 

Semoga Allah menerima doa kita semua.

Thursday, November 24, 2011

HATI dan PERASAAN WANITA♥

Assalamualaikum~! :)
Hari nih nak share something about what we known as 'WANITA' atau 'PEREMPUAN'. Rasanya para-para LELAKI wajib baca nih. Untuk mengenali pasangan anda bagi yang sudah ada pasangan. :)

-> SENSITIF : Bukan bermaksud suka merajuk....TAPI cuma nak bermanja dan ingin dapatkan perhatian yang lebey dari orang yang diorang sayang je :)


-> CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala..cuma wanita suka akan ketelitian, cermat dan KADANG-KADANG teringin jugak LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala..


-> HALUS : Bak sehelai sutera. Cantik, mulus, lembut. Oleh kerana itu, ia mudah tercarik atau koyak..Even seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tuh sebagai pengajaran untuk masa hadapan dan bukan sebagai DENDAM..Halus dan lembut kan hati wanita? ;)


-> IKHLAS : Keikhlasan seseorang wanita tak perlu lagi DIRAGUI !


-> KORBAN : Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat amat amat disayangi beliau. Contohnya, ibu-bapa, adik-beradik, suami, anak-anak dan keluarga. Wanita memang seorang yang TABAH sebab sanggup berkorban apa saja. :)


-> PRIHATIN : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Sebab tu kadang-kadang mende yang lelaki rasa remeh-temeh, mende tuh berat bagi wanita. Bukan jaga tepi kain orang atau amik port sangat sesuatu hal tapi PRIHATIN memang sifat wanita.


-> MANJA : Even wanita nih pandai berdikari, wanita tetap wanita. Tetap suka bermanja, ingin dimanjakan. Nak2 dengan insan yang bergelar LELAKI. Nak2 lagi yang mereka sayang dan cinta. Tapi diorang akan bermanja ikut tempat laa.. yang jenis tak kira kat mana nak manja tuh bukan manja tapi gedik! Lelaki tak suka itu okaayyyy :D


-> EGO : Wanita yang TERLALU sayangkan kekasihnya sanggup tolak tepi EGOnya bila dah jumpa dengan orang yang diorang sayang face to face. Tapi jangan amik kesempatan wahai para lelaki. Mentang2 dah tahu orang tu akan mengalah, dan2 jugak ajak jumpa kalo dah bergaduh. Lelaki memang tiggi egonyaaa...paham? :)

-> CINTA : Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Kalo first couple korang tuh cinta monyet tak dikira ok :) CINTA PERTAMA sahaja.


-> SEKS : Seks bukanlah segala-galanya bagi wanita. Kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. LELAKI pulak diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu. So, fungsi lelaki adalah membimbing dan melengkapi seseorang wanita itu dan bukan menghanyutkannya....


'' Hawa dijadikan daripada rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
Bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi
dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.''


~ Maka LELAKI haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA ~


p/s : aku memang teringin sangat nak pakai ala2 arab style macam purdah gitu time akad nikah nanti. Confirm! aku akan buat. da lame kot aku duk usha2 :P

sources : credit to myFB's friend(tak ingat nama) yang update status sal info diatas dan ditokok tambah oleh aku berdasarkan pengalaman sebenar ;)

Wednesday, November 23, 2011

Friday, November 18, 2011

Tahniah Skuad Harimau Muda Malaysia! ;D

Assalamualaikum~!


Korang tengok bola tak smalam?hari nih tak abis-abis orang duk cite sal bola. Tapi smalam memang superb arrr. Aku da agak dengan yakin da Malaysia mesti boley punye tewaskan Indon tuh.
Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 sekaligus Malaysia merupakan juara dalam kumpulan A dengan mengumpul 10 mata dan melayakkan diri ke saingan Separuh Akhir. Sabtu nih, 19.11.2011 lawan Myanmar plak. Ececehh! dah macam pengulas sukan laa puleekkk aku nih :P

Jom layan video jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim (18) yang cukup bermakna nih sebab buat semua penyokong Indonesia yang ada kat stadium tuh terdiam sejenak :)


Thursday, November 17, 2011

Apa itu wordless wednesday?

Assalamualaikum~!



Wordless wednesday?? eh.eh. Ape tuuuu?
Sape tahu apa itu wordless wednesday...?sila angkat hidung anda!! hewhewhew.
WW ialah RabuKedu?
atau...
hari rabu yang tanpa kata-kata?
kenapa rabu?
hehe.okay okay saya nak terangkan laa nih apa itu wordless wednesday. Maybe ramai yang dah tahu dan ada juga yang belom tahu kan?kan?kaaannn?

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explainit on their blog. Hence the 'wordless' title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

Kalian ngertik nggak maksudnya apa....? Maksudnya, kira macam setiap hari rabu, para-para blogger dijemput untuk update blog masing-masing dengan postkan satu gambar je. Tak perlu entry yang panjang-panjang bagai. Bak kata omputih, ''a picture tell us a thousand of words.'' atau ''let the picture speak and tell you the story''. Gambar apa? It's up to you. Nak letak gambar kucing korang tengah tido pun takpe. Dengan ramainya yang singgah blog korang dan tengok entry korang yang berlainan cara fikiran, pastinya akan wujud pelbagai tafsiran melalui gambar itu.
Harap jelas disitu ye. :)

WW nih takde paksaan ok! Terpulang je pada mana-mana blogger yang nak buat or taknak. Tak menjadi satu kesalahan, takkan didenda kalo tak buat dan juga tak menang apa-apa pun kalo buat. Nih kira macam satu trend laa untuk uOllsss para blogerzz sekalian alam. ;)
Atau korang boley visit Wordless Wednesday .


Till then, daa~

Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Lawak :D

Assalamualaikum~!
Selamat pagi. Mulakan hari dengan senyuman :)

Korang..korangggg..korang tahu tak kenapa kalo orang mencarut je sebut 'babi'. Nak mara je sebut 'babi'. Nak tahu tak asal usul kenapa bila nak mencarut je sebut 'babi'? Cemnih citenyeeeeee......

Tersebut laaa kisaaaaahhh....


HAHAHAHAHA..Sumpah aku tergelak sorang2 time bace nih.hihihi

Orang kata ketawa penawar duka kan...? Atin nak share penawar kepada sape2 yang tengah berduka lara tuh. Harap korang gelak sampai teguling-guling. peace! :)
Tuh je nak share :D