Thursday, November 24, 2011

HATI dan PERASAAN WANITA♥

Assalamualaikum~! :)
Hari nih nak share something about what we known as 'WANITA' atau 'PEREMPUAN'. Rasanya para-para LELAKI wajib baca nih. Untuk mengenali pasangan anda bagi yang sudah ada pasangan. :)

-> SENSITIF : Bukan bermaksud suka merajuk....TAPI cuma nak bermanja dan ingin dapatkan perhatian yang lebey dari orang yang diorang sayang je :)


-> CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala..cuma wanita suka akan ketelitian, cermat dan KADANG-KADANG teringin jugak LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala..


-> HALUS : Bak sehelai sutera. Cantik, mulus, lembut. Oleh kerana itu, ia mudah tercarik atau koyak..Even seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tuh sebagai pengajaran untuk masa hadapan dan bukan sebagai DENDAM..Halus dan lembut kan hati wanita? ;)


-> IKHLAS : Keikhlasan seseorang wanita tak perlu lagi DIRAGUI !


-> KORBAN : Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat amat amat disayangi beliau. Contohnya, ibu-bapa, adik-beradik, suami, anak-anak dan keluarga. Wanita memang seorang yang TABAH sebab sanggup berkorban apa saja. :)


-> PRIHATIN : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Sebab tu kadang-kadang mende yang lelaki rasa remeh-temeh, mende tuh berat bagi wanita. Bukan jaga tepi kain orang atau amik port sangat sesuatu hal tapi PRIHATIN memang sifat wanita.


-> MANJA : Even wanita nih pandai berdikari, wanita tetap wanita. Tetap suka bermanja, ingin dimanjakan. Nak2 dengan insan yang bergelar LELAKI. Nak2 lagi yang mereka sayang dan cinta. Tapi diorang akan bermanja ikut tempat laa.. yang jenis tak kira kat mana nak manja tuh bukan manja tapi gedik! Lelaki tak suka itu okaayyyy :D


-> EGO : Wanita yang TERLALU sayangkan kekasihnya sanggup tolak tepi EGOnya bila dah jumpa dengan orang yang diorang sayang face to face. Tapi jangan amik kesempatan wahai para lelaki. Mentang2 dah tahu orang tu akan mengalah, dan2 jugak ajak jumpa kalo dah bergaduh. Lelaki memang tiggi egonyaaa...paham? :)

-> CINTA : Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Kalo first couple korang tuh cinta monyet tak dikira ok :) CINTA PERTAMA sahaja.


-> SEKS : Seks bukanlah segala-galanya bagi wanita. Kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. LELAKI pulak diciptakan dengan 9 akal dan 1 nafsu. So, fungsi lelaki adalah membimbing dan melengkapi seseorang wanita itu dan bukan menghanyutkannya....


'' Hawa dijadikan daripada rusuk Adam,
Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
Bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya,
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi
dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.''


~ Maka LELAKI haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA ~


p/s : aku memang teringin sangat nak pakai ala2 arab style macam purdah gitu time akad nikah nanti. Confirm! aku akan buat. da lame kot aku duk usha2 :P

sources : credit to myFB's friend(tak ingat nama) yang update status sal info diatas dan ditokok tambah oleh aku berdasarkan pengalaman sebenar ;)

3 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

nice picca. that's really woman kan! pasti punya rasa sebegitu!

Ahmad Syarif said...

peeewwwiittt..
Lawa gambar~ :)

TwiggyLiyana said...

tapi kan, cerita la macam mana pun, bagi tau la banyak mana pun, diorang tetap blur-blur when it comes to understanding women. hahahah